
Hey guyz! plz dptkn majalah media hiburan edisi raya dgn SITI NURDIANA BERSAMA ANAKNYA SBG COVER DPN..
d dlm nyer t'dpt crita rye fify n rizu...jgn lpe dptkn...=)


HI TOP12...




Terutama rizu ingin ucapkan terima kasih pada broadway entertaiment kerana membebaskan rizu berdasarkan kontrak tanpa sebarang dakwaan. terima kasih atas segala sokongan broadway kepada rizu selama 5 tahun ni. harap rizu lebih senang bergerak sendiri.. terlalu bnyak pertanyaan menimpa kepada rizu sebelum ni berkenaan diantara rizu dgn syarikat rakamannya knp masih album rizu masih belum keluar sudah 5 tahun berlalu."Rizu akur akan keadaan industri kita buat masa ini" Tp rizu dan syarikat rakamannya sebenarnya saling memahami dan mereka tidak pernah ada silih faham antara mereka selama 5 tahun ini. akhirnya, rizu membuat keputusan untuk diberi kebebasan dari syarikat rakamannya. alhamdulillah mereka melepaskan rizu tanpa sebarang dakwaan. walaupun sudah dibebaskan ,hubungan sebagai persahabatan antara mereka tetap diteruskan..."dunia ini kecil, tak elok kalau kita bermasam muka selepas ni" kata rizu. sebagai penghargaan daripada broadway kepada rizu selama 5 tahun tiada album, broadway menghadiakan 2 buah lagu single untuk rizu dari ciptaan ciptaan komposer terkenal dimalaysia. dan rizu harap dari single yg masih dalam pembikinan itu akan memberi tuahnya kepadanya selepas ini.








Biarpun sebelum ini dikenali sebagai penyanyi, Rizu tidak kisah mencuba nasib menerusi program menawarkan hadiah lumayan RM1 juta itu.Rizu, 20, berkata, pengalaman ditimba sepanjang tiga bulan terbabit dengan program berkenaan suatu yang berharga dan banyak mengajarnya menjadi penyanyi yang lebih fokus kepada aspek nyanyian. Selepas lebih sebulan program OIAM3 berlalu, Rizu akui, impak program berkenaan memberikan rezeki padanya untuk terima pelbagai jemputan mengadakan persembahan pentas."Sejak keluar OIAM3, saya terus ligat menjayakan persembahan pentas. Namun dalam kesibukan itu, saya masih menyimpan impian untuk menghasilkan single terbaru saya."Buat masa ini, saya mahu berbincang dulu dengan syarikat rakaman lama, Broadway Entertainment Sdn Bhd sama ada mereka ada perancangan untuk keluarkan single atau album baru saya. "Jika diikutkan, kontrak rakaman saya sudah berakhir penghujung April lalu, tetapi mereka masih 'berhutang' album dengan saya."Mengikut perjanjian dalam kontrak, setiap tahun saya akan menghasilkan satu album. Bagaimanapun, keadaan sebaliknya berlaku apabila saya tidak pernah mempunyai album sejak bersama mereka."Sudah lima tahun, saya tidak mempunyai sebarang album bersama mereka. Apapun, saya mahu berbincang baik dengan mereka mengenai perkara ini. "Dalam pada itu, saya yang bergerak sendiri ketika ini ada juga menerima tawaran beberapa pihak yang mahu menguruskan aktiviti seni saya.







