Biarpun sebelum ini dikenali sebagai penyanyi, Rizu tidak kisah mencuba nasib menerusi program menawarkan hadiah lumayan RM1 juta itu.Rizu, 20, berkata, pengalaman ditimba sepanjang tiga bulan terbabit dengan program berkenaan suatu yang berharga dan banyak mengajarnya menjadi penyanyi yang lebih fokus kepada aspek nyanyian. Selepas lebih sebulan program OIAM3 berlalu, Rizu akui, impak program berkenaan memberikan rezeki padanya untuk terima pelbagai jemputan mengadakan persembahan pentas."Sejak keluar OIAM3, saya terus ligat menjayakan persembahan pentas. Namun dalam kesibukan itu, saya masih menyimpan impian untuk menghasilkan single terbaru saya."Buat masa ini, saya mahu berbincang dulu dengan syarikat rakaman lama, Broadway Entertainment Sdn Bhd sama ada mereka ada perancangan untuk keluarkan single atau album baru saya. "Jika diikutkan, kontrak rakaman saya sudah berakhir penghujung April lalu, tetapi mereka masih 'berhutang' album dengan saya."Mengikut perjanjian dalam kontrak, setiap tahun saya akan menghasilkan satu album. Bagaimanapun, keadaan sebaliknya berlaku apabila saya tidak pernah mempunyai album sejak bersama mereka."Sudah lima tahun, saya tidak mempunyai sebarang album bersama mereka. Apapun, saya mahu berbincang baik dengan mereka mengenai perkara ini. "Dalam pada itu, saya yang bergerak sendiri ketika ini ada juga menerima tawaran beberapa pihak yang mahu menguruskan aktiviti seni saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
yup dah baca...i am proud to hear all this good stories.. rizu,, jom g tgk ayu..
ReplyDeletepastuh nk bincang gak 2nd luy ni boleh nk buat dinner reunion tak